Friday, 9 September 2011

Kami Kembali.....Salam Syawal....

muncul kembali menulis blog nih setelah hampir 2 minggu berehat disebabkan oleh 2 perkara...

1. hari raya aidilfitri.....selamat hari raya semua

2. (penyebab utama xsempat update blog) Wife (Hazizatun Aishah) selamat melahirkan bayi perempuan kami yang telah diberikan nama "Nur Maisarah Solehah Binti Mohamad Shukri" pada 4 September 2011 pada 7.53pm di Senawang Specialist Hospital (SALAM)

Jadi mulai malam ini aktiviti perniagaan emas kami akan bermula lancar seperti biasa....mohon maaf dan ampun dipinta kepada semua pengunjung blog ini di atas masalah dan kesulitan yang berlaku....

letak sket gambar Maisarah





sekian dan terima kasih

Wednesday, 17 August 2011

Katalog Terbaru Barang Kemas 916 (17 Ogos 2011)

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Alhamdulillah, petang ni siap dah dengan update terkini Katalog Barang Kemas yang terdapat di Kedai Duta Gold kami....cepat2, harga dan tawaran terendah dari kami.....hubungi kami segera....

Sekian dan terima kasih serta selamat berpuasa.

Tuesday, 16 August 2011

Ar Rahnu AgroBank vs Bank Rakyat

Selamat pagi semua....

Haaa, hari ni nak kongsi sket pasal Ar Rahnu.....

Semalam kami pi la kat AgroBank sebab dengar-dengar Ar Rahnu  nyer nilai dah naik....btol ker....hehehe aper lagi bedesup la pi sana sebab nak kontrakan pelaburan awal kami....

Sampai sana punyala ramai orang....xper2 sabar....bila sampai giliran kami....pi la masuk bilik Ar Rahnu cam bese...layanan staff....terbaikkkkkk.....kira punya kira punya kira....alhamdulillah dapatlah kontra lebihkurang RM4K seronok2.......hehehee senyum jer la kuar.....
Tapi yang saya nak bagitau kat sini bukan pasal tu tapi pasal perbezaan Ar Rahnu AgroBank ngan Ar Rahnu Bank Rakyat

Perkara
AgroBank
Bank Rakyat
Upah simpan
Lebih rendah dari Bank Rakyat
Biase jer
Layanan
Terbaikk
Biase jer, kalau tanyer macam2 nanti staff akan cakap “no komen
Nilai emas
15/08/2011
999 = RM 203
916 = RM 186

Nilai emas kalau dah naik ni xkan turun2

Nilai Sebelum nih 999 = 176.50
15/08/2011
999 = 199.01
916 = 182.43

Nilai emas berubah setiap hari kadang2 naik dan kadang2 turun.
Prosedur
Kalau first time buat kena Photostat IC…pastu nak buat yang laen2 xpayah guna copy2 ic lagi mudah dan senang
Setiap kali buat kena Photostat IC  byak kali buat….banyak la copy iC  depa nak

Buat masa ni saya bgt ni jerla yer....nak siap2 pi keje ni...bye2

kita sambung kemudian ok

Wednesday, 10 August 2011

Harga Emas Lepasi Paras RM 200 pada 09/08/11

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam satu Malaysia

Disebabkan dari malam tadi takleh nak tido akibat menyiapkan report dan kaedah cuba jaya bagi penghantaran report menggunakan "enternet" yg sangat slow....(walaupon hanya berjaya sent pada jam 5:47pagi....tensi2)....alhamdulillah akhirnye bejaya yeeea....terasa nak tulis sket pasal kenaikkan Harga Emas sebanyak 2 kali dalam tempoh kurang dari 2 minggu.....

senario kenaikkan harga (Rujuk FGJAM: Persatuan Emas Malaysia)....3 minggu lepas harga emas 999 sekitar RM 183.00 (emas 916 lak RM 173.00)......hujung minggu lepas harga emas 999 naek RM 7 kepada RM 190.00(emas 916 lak RM 180.00) dan semalam, 09/08/11 harga emas 999 meningkat lagi malah menokok kepada RM11 menjadi RM 201.00 (emas 916 dah jadi RM 190.00) iaitu melepasi jangkaan harga pasaran hujung tahun ini.(penganalisis jangka hujung Disember 2011 baru cecah RM 200.00 / gram).....dalam tempoh kurang dari 2 minggu harga naek sampai RM 18.00(emas 999) dan RM 17.00 (emas 916)....rugi tol la tak beli bebanyak ritu...ermmmm

cuba kita buat sket2 kira2 emas yang kita beli 2 minggu lepas dengan kita beli hari ni

harga tok 100g emas 2 minggu lepas RM 183.00 X 100g = RM 18 300.00

harga tok 100g emas hari ini (10/08/11) RM 201 X 100g = RM 20 100.00

BEZA HARGA DALAM TEMPOH KURANG 2 MINGGU 
RM 20 100.00 - RM 18 300.00 = RM 1 800.00 
(tambah 30 hengget je lagi kita leh dapat 10g emas 999 2 minggu lepas)

harga emas makin meningkat dan jangkaan terbaru pada penghujung Disember 2011 ni mungkin emas akan mencecah atau melepasi paras harga RM 240 hingga RM 250 / gram (ingat skrang baru awal Ogos 2011.....masih ader lagi 4 bulan lebih tuk sampai akhir Disember 2011)

jadi saranan saya, sekiranya kita ada sedikit simpanan kewangan cepat2 lah beli sedikit2 emas dan jadikanlah ia sebagai satu bentuk simpanan.....kerana satu hari nanti wang kertas n syiling mungkin tiada harga atau susut nilainya berbanding emas yang ketika itu melambung tinggi.....

FIKIR-FIKIRKANLAH

sekian tok pagi ini dari cameron highland, pahang