Wednesday 10 August 2011

Harga Emas Lepasi Paras RM 200 pada 09/08/11

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam satu Malaysia

Disebabkan dari malam tadi takleh nak tido akibat menyiapkan report dan kaedah cuba jaya bagi penghantaran report menggunakan "enternet" yg sangat slow....(walaupon hanya berjaya sent pada jam 5:47pagi....tensi2)....alhamdulillah akhirnye bejaya yeeea....terasa nak tulis sket pasal kenaikkan Harga Emas sebanyak 2 kali dalam tempoh kurang dari 2 minggu.....

senario kenaikkan harga (Rujuk FGJAM: Persatuan Emas Malaysia)....3 minggu lepas harga emas 999 sekitar RM 183.00 (emas 916 lak RM 173.00)......hujung minggu lepas harga emas 999 naek RM 7 kepada RM 190.00(emas 916 lak RM 180.00) dan semalam, 09/08/11 harga emas 999 meningkat lagi malah menokok kepada RM11 menjadi RM 201.00 (emas 916 dah jadi RM 190.00) iaitu melepasi jangkaan harga pasaran hujung tahun ini.(penganalisis jangka hujung Disember 2011 baru cecah RM 200.00 / gram).....dalam tempoh kurang dari 2 minggu harga naek sampai RM 18.00(emas 999) dan RM 17.00 (emas 916)....rugi tol la tak beli bebanyak ritu...ermmmm

cuba kita buat sket2 kira2 emas yang kita beli 2 minggu lepas dengan kita beli hari ni

harga tok 100g emas 2 minggu lepas RM 183.00 X 100g = RM 18 300.00

harga tok 100g emas hari ini (10/08/11) RM 201 X 100g = RM 20 100.00

BEZA HARGA DALAM TEMPOH KURANG 2 MINGGU 
RM 20 100.00 - RM 18 300.00 = RM 1 800.00 
(tambah 30 hengget je lagi kita leh dapat 10g emas 999 2 minggu lepas)

harga emas makin meningkat dan jangkaan terbaru pada penghujung Disember 2011 ni mungkin emas akan mencecah atau melepasi paras harga RM 240 hingga RM 250 / gram (ingat skrang baru awal Ogos 2011.....masih ader lagi 4 bulan lebih tuk sampai akhir Disember 2011)

jadi saranan saya, sekiranya kita ada sedikit simpanan kewangan cepat2 lah beli sedikit2 emas dan jadikanlah ia sebagai satu bentuk simpanan.....kerana satu hari nanti wang kertas n syiling mungkin tiada harga atau susut nilainya berbanding emas yang ketika itu melambung tinggi.....

FIKIR-FIKIRKANLAH

sekian tok pagi ini dari cameron highland, pahang


No comments: