Tuesday 27 September 2011

ZAKAT EMAS


Zakat Emas

Kat sini saya nak kongsikan sedikit perkongsian ilmu agar rakan2 lebih faham dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.

Topik Zakat Emas ni banyak sebenarnya mengajar dan membantu kita yang tak tahu kepada tahu, yang sebok dok berkata kepada diam dan berfikir dan sebagainyer lah...

Ok saya cuma nak kongsikan sikit ilmu mengenai zakat, sebabnya saya nampak ramai yang tak tahu tapi buat-buat tahu pasal zakat ni terutamanya zakat emas.

Majlis Agama Islam setiap negeri ader menyediakan “KALKULATOR ZAKAT” untuk memudahkan umat islam negeri tersebut mengetahui dan seterusnya membayar zakat...yeee tu semua adalah “BASIC”....kita kena belajar lebih lanjut lagi.

Ok ni saya selitkan satu kes:

Pertanyaan dari sorang hamba Allah,

“Man (Bukan Nama Sebenar) ko punya emas kan dah lebih 85 gram dah berkepuk banyak aku tengok tu..ko bila nak bayar zakat?”

Yang bertanya tu bagus sebab ingatkan si MAN, kalau ada soalan yang macam tu..memang betul emas yang kita simpan kalau melebihi 85gram lebih kurang 20dinar kita dah wajib bayar zakat iaitu dah lebih nisab dan cukup tahun haul.
tapi kalau kurang daripada nisab, dan belum cukup tahun haul, maka tak diwajibkan membayar zakat.
Tahun haul ni, kalau bolehla yer ikut bulan dalam islam, contoh kalau kita simpan ramadhan ade 85 gram sampai cukup ramadhan depan ade 85gram jugak jadi kena la bayar zakat.
Contoh lain:
1.      Muharram = ada 20 gram
2.      Safar = dah ade 80gram
3.      Rabiul awal = dah ade 90gram
4.      Rabiul akhir = dah ade 90 gram
5.      jamadil awal =maintain 90gram gak
6.      jamadil akhir = sama jugak 90gram tak tambah2 takde duit nak tmbah
7.      rejab = 100gram
8.      syaaban = 100gram juge
9.      ramadhan = 120gram
10.  syawal = 200 gram
11.  zulkaedah = 200gram
12.  zulhijjah = 190 gram
13.  muharam(tahun berikutnya cukup 1 tahun) = 190 gram
14.  safar = 200gram
15.  rabiul awal = 150gram (dah jual 50gram sebab xde duit)

ok kalau kita tengok contoh diatas..

antara muharam ke muharram, si penyimpan emas ni tak diwajibkan membayar zakat. sebabnya dalam 1 tahun tersebut, jumlah emas yang paling sikit adalah 20gram..jadi x wajib bayar zakat.
kalau kita tengok, rabiul awal tu dah start ade 90gram dan bila cukup 1 tahun haul, ke rabiul awal tahun berikutnya, jumlah terendah emas yang disimpan adalah 90gram, jadi si penyimpan emas ni dah wajib bayar zakat untuk 90gram emas.

tapi katakan masa bulan ramadhan tu, disebabkan si penyimpan emas ni nak pakai duit nak bulan posa, nak buat kenduri ke ape ke..jadi dia ambik emas lebih kurang 100gram pergi pajak kat ar-rahnu..so tinggal 20gram je dalam simpanan..

maka, si penyimpan emas ni tak diwajibkan bayar zakat tadi tu (untuk contoh rabiul awal tadi) sebabnya, emas dalam simpanannya hanya tinggal 20gram saje pada bulan ramadhan (jadi berat emas terendah dalam simpanannya adalah 20gram bukan lagi 90gram)

“macam mana dengan emas 100gram yang dia pergi pajak tadi??tak dikira ke??”

ok..emas yang dia pergi pajak 100gram tu..kini bukan lagi miliknya yang sempurna. Salah satu syarat zakat ialah, milikan yang sempurna. Emas pajak tadi tu dah kira tak sempurna miliknya sebab emas tu ade kat ar-rahnu lepas tu ar-rahnu dah bagi duit pajakan tu pada dia..jadi mungkin milik dia atau mungkin juga milik bank..

So rakan2 kesimpulannya bagi emas yang di masukkan ke Ar Rahnu, salah satu syarat zakat tidak dipatuhi iaitu “MILIKAN YANG SEMPURNA”...oleh yang demikian, bagi emas kita yang berada dalam Ar Rahnu tidak wajib untuk di keluarkan zakat.

Walaubagaimanapun

Sekiranya ingin keluarkan zakat juga tiada masalah tetapi sumbangan zakat kita ni banyak caranya....dalam islam juga banyak mengajar dalam kehidupan seharian seperti kiranya ingin keluarkan zakat carilah adik-beradik, saudara mara yang belajar mahupun yang susah...bantulah mereka terlebih dahulu sebelum membantu orang disekeliling kita.


No comments: